Tuesday, 9 December 2014
INSAN MULIA ^^
Assalamualaikum sahabat jannah dan da'ie sekalian ^^ lama sungguh kita tidak bertemu dan bersua..apa khabar iman kalian hari ini?sudah update imaan dan upgrade amalan??kalau belum,,cepat-cepatlah ye^^
"apakah sebenarnya terbuku di kalbu mu,apakah erti linang air mata di pipimu..ucapkanlah padaku..tak bisa ku rungkainya rahsia yang kau pendam itu.." mungkin antum pernah dengar bait-bait ayat tadi..ia merupakan bait-bait lirik lagu 'air mata ibu'..mesti antum tertanya apa kaitannya ??okey,harini kita akan berceita ttg ibu..semua orang sayang ibukan??ibu adlh jantung hati ,,pengarang jantug..ratu hatii dan byk lagilah gelaran yg diberi kpd insan mulia yg bernama ibu ni..di sini ada sebuah kisah yg ingin dikongsi sbg pengajaran kpd kita semua sbg anak..
Renung-renungkan....
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu . Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil..
Ibu bapa darjat mereka sgt tinggi..Allah kata apa dlm al-Quran?? mafhumnya : "redha Allah terletak pada redha ibu bapa " cuba muhasabah seketika,berapa kali kita lukakan hati mereka,buat mereka kecewa ,marah dan terluka??Allahuakbar,,byk shabat sekalian..tidak terhitung dek jari rasanya..tidk takutkah kita pd azab ALLAH??Allah pesan lagi dlm al-Quran "وبالوالدين احسانا" tapi kita?apa yg kita buat??kita lupa pesan ALLAH,,kita ingkar perintahNya.. astaghfirullah al-'azim..
wahai sahabat sekalian,,marilah kita bersama-sama memohon berjuta keampunan daripadaNya ..memohon beribu kemaafan dari ibu bapa kita..bagi mereka yg sudah kehilangan ibu bapa,,sedekahkanlah al-Fatihah buat mereka..mohonlah kepada ALLAH semoga ALLAH mengampunkan dosa0dosa kita..Allahumma amiin..
sampai di sini sahaja,,semoga kita bertemu lagii dalam coretan akan dtg insyaALLAH biiznillah..
والله أعلم و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saturday, 15 February 2014
Aktiviti BADAR SMK(A) TUN PERAK 2013
VALENTINE DAY
ASSALAMUALAIKUM da'ie-da'ie sekalian..Bagaimana iman hari ini?? ^^ Jangan lupa tadabbur paling kurang satu ayat satu hari, tau? InshaAllah
Valentine Day??
Apa yang istimewanya dengan 'Valentine Day??'
Pada tanggal 14 feb, sering sahaja disebut tentang valentine's day.
Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang MENGHANCURKAN TAMADUN ISLAM di Sepanyol. Oleh itu, ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadap Islam. The Encyclopedia Britania, vol. 12, sub judul: Chistianity, menuliskan penjelasan sebagai berikut: “Agar lebih mendekatkan lagi kepada ajaran Kristian, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi hari perayaan gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari.
Ia TIDAK BERKAIT dengan ummat ISLAM..
Maka TINGGALKANLAH dan USAH dilakukan dan diucapkan..
Buat antum dan antunna yang masih tertanya-tanya mengapa islam menghalang kita menyambut Hari Kekasih atau kita sebut Valentine Day,mari kita lihat sebab-sebabnya :
Pertama, Islam tak halang bahkan menyuruh kita berkasih sayang. Namun skop sayang Islam lebih luas dan konsepnya lebih sempurna seindah Islam itu sendiri.
Islam tidak sambut kasih sayang pada hari tertentu, tetapi setiap hari. Tambahan pula hari tertentu itu ada kaitan tanggal kejatuhan Islam(seperti yang dinyatakan di atas), kesedihan dan pembunuhan umat Islam pada 14 feb, lagilah Islam tidak akan layan.
Islam menyambut kasih sayang dengan konsep yang mulia iaitu carta sayang itu bermula dari Allah, Rasul, Ibu Bapa dan Suami Isteri serta keluarga. Bukan seperti binatang yang mana pasangan kekasih merai kasih hingga bermaksiat, menghampiri dan melakukan zina.
Islam memupuk kasih sayang yang abadi. Kasih sayang yang menarik ke syurga sedangkan kasih sayang barat ini menarik ke neraka.
Usahlah kita berdalih-dalih lagi menggunakan akal yg cetek ini. Akurlah.. Ikutlah.. Turutilah.. Allah dan Rasul cinta kita.. Bukan syaitan dan nafsu semata..
Valentine Day??
Apa yang istimewanya dengan 'Valentine Day??'
Pada tanggal 14 feb, sering sahaja disebut tentang valentine's day.
Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang MENGHANCURKAN TAMADUN ISLAM di Sepanyol. Oleh itu, ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadap Islam. The Encyclopedia Britania, vol. 12, sub judul: Chistianity, menuliskan penjelasan sebagai berikut: “Agar lebih mendekatkan lagi kepada ajaran Kristian, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi hari perayaan gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari.
Ia TIDAK BERKAIT dengan ummat ISLAM..
Maka TINGGALKANLAH dan USAH dilakukan dan diucapkan..
Buat antum dan antunna yang masih tertanya-tanya mengapa islam menghalang kita menyambut Hari Kekasih atau kita sebut Valentine Day,mari kita lihat sebab-sebabnya :
Pertama, Islam tak halang bahkan menyuruh kita berkasih sayang. Namun skop sayang Islam lebih luas dan konsepnya lebih sempurna seindah Islam itu sendiri.
Islam tidak sambut kasih sayang pada hari tertentu, tetapi setiap hari. Tambahan pula hari tertentu itu ada kaitan tanggal kejatuhan Islam(seperti yang dinyatakan di atas), kesedihan dan pembunuhan umat Islam pada 14 feb, lagilah Islam tidak akan layan.
Islam menyambut kasih sayang dengan konsep yang mulia iaitu carta sayang itu bermula dari Allah, Rasul, Ibu Bapa dan Suami Isteri serta keluarga. Bukan seperti binatang yang mana pasangan kekasih merai kasih hingga bermaksiat, menghampiri dan melakukan zina.
Islam memupuk kasih sayang yang abadi. Kasih sayang yang menarik ke syurga sedangkan kasih sayang barat ini menarik ke neraka.
Usahlah kita berdalih-dalih lagi menggunakan akal yg cetek ini. Akurlah.. Ikutlah.. Turutilah.. Allah dan Rasul cinta kita.. Bukan syaitan dan nafsu semata..
NAUZIBILLAHI MIN ZALIK!!
Wednesday, 5 February 2014
AKHLAK!!
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...Bertemu lagi kita pada
minggu ini .. Bersyukurlah kerana kita masih diberi nyawa
dan peluang untuk memperbaiki diri dan
bertaubat kepadaNya J
Pada kali ini kami ingin membawa satu
tajuk yang amat menarik untuk diulas..Diharapkan tajuk ini dapat membuka
minda antum dan antunna untuk menjadi insan yang lebih baik selepas
membacanya ..
Renungan sejenak...
Sabda Rasulullah
SAW :
أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا
Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna
imannya ialah yang terbaik AKHLAKnya."
AKHLAK??
Apakah yang dimaksudkan dengan AKHLAK??
AKHLAK
dari segi bahasa didefinisikan sebagai tabiat atau perangai..AKHLAK dari sudut
istilah ulama’ yang ditakrifkan oleh Al-Ghazali ialah : "Akhlak adalah
suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan
tingkah laku secara spontan“
Oleh yang
demikian,AKHLAK boleh disimpulkan sebagai suatu himpunan ma’ani dan sifat-sifat
yang bertapak kukuh di dalam diri,dan
ianya menjadi pemacu bagi manusia dalam baik dan buruk sesuatu amalan dan
perbuatan mereka.
APA
PENTINGNYA AKHLAK???
AKHLAK
mencorak tingkah laku..
AKHLAK memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".
Maka dengan ini sehinggalah apabila AKHLAK menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai AKHLAK yang ada padanya.
AKHLAK memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".
Maka dengan ini sehinggalah apabila AKHLAK menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai AKHLAK yang ada padanya.
AKHLAK sebagai simbol tamadun manusia..
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. AKHLAK adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa AKHLAK nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan AKHLAK jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Misalnya tamadun barat yang berasaskan ideologi kapitalis,jatuh satu persatu kerana menenepikankan nilai-nilai AKHLAK.
AKHLAK adalah mangkin perubahan..
Aspek keluhuran AKHLAK dan KEROHANIAN perlulah diambil berat serta diberi fokus yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana AKHLAK mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan". Krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.
Begitulah pentingnya AKHLAK dalam membantu proses perubahan walaupun di saat- saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan AKHLAK dan MORAL akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah AKHLAKlah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai AKHLAK di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.
Akhirul kalam, dapatlah kita simpulkan bahawa AKHLAK
merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang
mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan
atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan AKHLAKnya !!
Wallahu’alam...
Subscribe to:
Posts (Atom)