Wednesday, 5 February 2014

AKHLAK!!



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...Bertemu lagi kita pada minggu ini .. Bersyukurlah kerana kita masih diberi nyawa dan  peluang untuk memperbaiki diri dan bertaubat kepadaNya J
Pada kali ini kami ingin membawa satu tajuk yang amat menarik untuk diulas..Diharapkan tajuk ini dapat membuka minda  antum dan antunna  untuk menjadi insan yang lebih baik selepas membacanya ..


Renungan sejenak...

Sabda Rasulullah SAW :
أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا
Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik AKHLAKnya."

AKHLAK??
Apakah yang dimaksudkan dengan AKHLAK??
AKHLAK dari segi bahasa didefinisikan sebagai tabiat atau perangai..AKHLAK dari sudut istilah ulama’ yang ditakrifkan oleh Al-Ghazali ialah : "Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan“
Oleh yang demikian,AKHLAK boleh disimpulkan sebagai suatu himpunan ma’ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh  di dalam diri,dan ianya menjadi pemacu bagi manusia dalam baik dan buruk sesuatu amalan dan perbuatan mereka.



APA PENTINGNYA AKHLAK???

AKHLAK mencorak tingkah laku..

AKHLAK memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".

Maka dengan ini sehinggalah apabila AKHLAK menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai AKHLAK yang ada padanya.




AKHLAK sebagai simbol tamadun manusia..

Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. AKHLAK adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa AKHLAK nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan AKHLAK jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Misalnya tamadun barat yang berasaskan ideologi kapitalis,jatuh satu persatu kerana menenepikankan nilai-nilai AKHLAK.

AKHLAK adalah mangkin perubahan..

Aspek keluhuran AKHLAK dan KEROHANIAN perlulah diambil berat serta diberi fokus yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana AKHLAK mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan". Krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.

Begitulah pentingnya AKHLAK dalam membantu proses perubahan walaupun di saat- saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan AKHLAK dan MORAL akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah AKHLAKlah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai AKHLAK di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.



Akhirul kalam, dapatlah kita simpulkan bahawa AKHLAK merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan AKHLAKnya !!
Wallahu’alam...

                                                                                                                                                   

No comments:

Post a Comment