Saturday, 1 February 2014

CAFE CINTA ^^

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Cinta,Waalaikuumussalam Rindu...
Amboiii...kali ini mari kita berbicara tentang satu tajuk yang amat menarik untuk dikupas dan diulas iaitu CINTA ^^

 CINTA??
Apa itu CINTA??

CINTA makhluk yang tak bernyawa,tak berjalan,tak berjirim dan tak punya rupa fizikal..Tetapi CINTA ajaib dan berkuasa..Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa..Siapakah pencipta sang kepada ajaib ini???CINTA adalah biasan dari penciptanya yang MAHA BERKUASA..Sang ajaib dibiaskan kepada segala ciptaanNya supaya mereka dapat hidup dalam cinta,kasih dan mesra..

CINTA ini mudah dimanipulasi,sama ada kebaikan atau keburukan..Letaknya di antara dua persimpangan,berlegar di antara keduanya beribu persoalan..CINTA bila dimanipulasikan ke arah kompas kKEBAIKAN maka akan wujudlah jalan-jalan menuju SYURGA..Sebaliknya bila ia dimanipulasikan ke arah kompas KEFASIKAN,maka akan wujud pula jalan menuju NERAKA!!!

Apa salah pada CINTA???

Adakah ISLAM mengharamkan CINTA???

Tidak....

Dalam Surah Yassin ada menyebut :

"ALLAH telah menciptakan kamu berpasang-pasangan."

Bercintalah kerana ALLAH,inshaALLAH cinta itu membawa ke SYURGA!!

Jangan bercinta kerana NAFSU semata kerana cinta itu menghumban ke NERAKA!!

Sebulan 2500 anak LUAR NIKAH dilahirkan...Sehari,84 orang BAYI dilahirkan tanpa SAH TARAF....Setiap 18 minit SATU BAYI dilahirkan!!

ALLAHUAKBAR!!!

Jika itu definisi CINTA,haramkan sajalah!!!Hakikatnya,apa jenis cinta UMAT ISLAM di MALAYSIA???Cinta kita ke NERAKA!!!

Jika BENAR ia CINTA..

Mengapa menghumbannya ke NERAKA??

Jika BENAR ia CINTA..

Mengapa ia bergelumang dengan DOSA??

Jika BENAR ia CINTA..

Mengapa kita semakin JAUH dari PENCIPTA??!!

Janganlah BERCINTA dengan insan yang mampu meninggalkan ALLAH,kerana MEREKA juga mampu meninggalkan kita!!



Antum dan antunna sekalian...

E.L.P.U.O.C..Apa tu???Cuba terbalikkan huruf ituu..Ia akan menjadi C.O.U.P.L.E..Betul bukan??Perkataan ini sering menjadi mainan di bibir-bibir para remaja era ini..

Benar ALLAH menganugerahkan CINTA itu sebagai fitrah manusia namun jika CINTA itu menjadi hamba kepada nafsu maka CINTA itu akan tercemar..Jadi,kawallah fitrah cinta dengan IMAN pada diri,inshaALLAH ia akan membawa kebaikan..Tetapi buat para pelajar yang masih menuntut ilmu,utamakanlah pelajaran terlebih dahulu daripada soal cinta..Dikhuatiri akan mengganggu fokus para pelajar untuk belajar..Kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi "semakin banyak kemanisan yang kita ambil sebelum pernikahan,semakin tawar dan hambar sesebuah perkahwinan itu.Ini kerana,sebelum berkahwin apabila kita berpacar,syaitan akan menjadikannya sebagai satu modal untuk merosakkan alam perkahwinan.Jadi antum dan antuna,hindarilah cinta sebelum nikah.Hal ini teringatkan ana tentang kata-kata Ustazah Fatimah Syarha,dalam forumnya,"jika bercinta/berpacar/bercouple selama yang mungkin pun,kamu hanya mengenal lakonannya bukan dirinya.Dan kamu akan mengenal seorang pacar bukan seorang suami."Mencintailah seseorang kerana Allah bukan kerana nafsu.Letakkanlah CINTA ALLAH no.1 dalam hidup kerna ALLAH  tak akan pernah lenyap dan CINTA itu pun tak akan lenyap.

Cuba antum dan antuna bayangkan,jika kita bercinta dengan Allah......alangkah indahnya...cinta yang sangat HIGH CLASS dan sangat suci!!!!!Sedarlah,Allah sangat sayang akan kita,cuma kita yang tidak sedar akan perkara ini.Mari kita muhasabah diri,tarik nafas perlahan-lahan dan lepas...Cuba bayangkan,semasa hendak melintasi titian sirat,tiba-tiba kita terjatuh ke dalam jurang API NERAKA yang menjulang-julang disebabkan dosa-dosa COUPLE yang melibatkan zina..NAUZUBILLAHI MINZALIK!!!Dan cuba bayangkan pula apabila melalui titian sirat,kita berjaya melintasinya hingga ke syurgaNYA kerana mengutamakan CINTA ALLAH dan RASUL...ALLAHUAKBAR!!Betapa indahnya !! ^^



Secara ikhtisarnya,tiada sesiapa yang akan menolong kita di sana kecuali SANG PENCIPTA,RASULNYA dan AMALAN kita!!!






No comments:

Post a Comment