Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Tun Perak adalah organisasi Islam yang aktif bergerak menjalankan pelbagai program dan aktiviti islamik sepanjang tahun yang membina potensi diri pelajar-pelajar dari pelbagai aspek. Antara program dan aktiviti yang dijalankan adalah usrah,kursus motivasi, ceramah, dan pelbagai lagi selaras dengan slogan motto BADAR iaitu “Generasi Mukmin Pemangkin Keunggulan Ummah”.
BADAR berusaha mendidik masyarakat muslim SMKA Tun Perak tentang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman salafussoleh.
TEMA
"Generasi Mukmin Pemangkin Keunggulan Ummah"
VISI
BADAR Tun Perak pemangkin aspirasi generasi Qurani dan sunnah Nabawi.
MISI
Melahirkan modal insan yang berketrampilan menuju satu pemangkin keunggulan ummah.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kualiti pengurusan organisasi dan program yang dianjurkan
- Menerapkan kepentingan mengekalkan prestasi akademik cemerlang
- Membentuk ahli menjadi ikon dakwah sepanjang masa
- Meningkatkan penghayatan ahli tentang konsep sebenar tarbiyah
No comments:
Post a Comment