Thursday, 30 January 2014

Dai'e hebat!


Assalamualaikum daie- daie sekalian! Apa khabar iman hari ni? Jangan lupa tadabbur paling kurang satu ayat satu hari, tau? InshaAllah 

Badan dakwah dan rohani, atau lebih dikenali dengan gelaran BADAR. Jadi, Badar ni satu badan yang menguruskan pergerakan dan aktiviti kerohanian samada di peringkat sekolah mahupun asrama. 

Tapi, mesti ke seseorang tu, terikat dengan gelaran BADAR untuk menjadi seorang Dai'e? Tak! 

Kenapa? Sebab Allah s.w.t menjadikan setiap manusia di bumi ni sebagai khalifah. Dan khalifah tu seorang pemimpin! Bukan ke pemimpin tu perlu sentiasa mengajak ke arah kebaikan dan menjauhi perkara munkar??

Jadi, tak perlu tunggu untuk menjadi BADAR dan memakai uniform hijau untuk menjadi seorang dai'e :)

Untuk sahabat diluar sana, semoga Allah berikan kita semua hidayah untuk terus beristiqomah berjuang di jalan-Nya. InshaAllah semoga Allah berkati dan redha.

Okay, nak tutup post yang ringkas ni dengan satu harapan; semoga BADAR SMKA Tun Perak dapat menerajui kepimpinan islam dan melahirkan pemuda- pemuda yang hebat seperti Sultan Muhammad Al- Fateh ketika beliau berjaya menguasai Kota Kostantinopel pada usia yang muda. 

Dakwah tu memang susah, sebab syurga itu indah :)

Assalamualaikum!