Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...Bertemu lagi kita pada
minggu ini .. Bersyukurlah kerana kita masih diberi nyawa
dan peluang untuk memperbaiki diri dan
bertaubat kepadaNya J
Pada kali ini kami ingin membawa satu
tajuk yang amat menarik untuk diulas..Diharapkan tajuk ini dapat membuka
minda antum dan antunna untuk menjadi insan yang lebih baik selepas
membacanya ..
Renungan sejenak...
Sabda Rasulullah
SAW :
أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا
Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna
imannya ialah yang terbaik AKHLAKnya."
AKHLAK??
Apakah yang dimaksudkan dengan AKHLAK??
AKHLAK
dari segi bahasa didefinisikan sebagai tabiat atau perangai..AKHLAK dari sudut
istilah ulama’ yang ditakrifkan oleh Al-Ghazali ialah : "Akhlak adalah
suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan
tingkah laku secara spontan“
Oleh yang
demikian,AKHLAK boleh disimpulkan sebagai suatu himpunan ma’ani dan sifat-sifat
yang bertapak kukuh di dalam diri,dan
ianya menjadi pemacu bagi manusia dalam baik dan buruk sesuatu amalan dan
perbuatan mereka.
APA
PENTINGNYA AKHLAK???
AKHLAK
mencorak tingkah laku..
AKHLAK memainkan peranan yang penting dalam
mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang
lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di
dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam
hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap
pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".
Maka dengan ini sehinggalah apabila AKHLAK
menjadi sebati di dalam diri ia akan
melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai AKHLAK yang ada padanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEine2IWdqem3oHIvfgeTL2QkbkxL5rrRNxpa3iNg0nYiBS-wAC4wAoMCKDzRo2V6U3hzFbgU73QZGZIfSSY2u2rU9laO6-8SJV1r4ptX3WUiWNDV5kbnavb13UbutCHjIRHa688FEKasXhu/s1600/1465129_589158004472484_1628494240_n.jpg)
AKHLAK sebagai simbol tamadun manusia..
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada
sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. AKHLAK adalah
sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses
kemajuan dan pembangunan. Tanpa AKHLAK nescaya manusia akan berada di lembah
kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor
membelakangkan AKHLAK jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak
mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Misalnya tamadun barat yang berasaskan ideologi
kapitalis,jatuh satu persatu kerana menenepikankan nilai-nilai AKHLAK.
AKHLAK adalah mangkin perubahan..
Aspek keluhuran AKHLAK dan KEROHANIAN perlulah
diambil berat serta diberi fokus yang utama dalam melakukan setiap agenda
perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana AKHLAK mangkin perubahan,
sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai
"tongkat perubahan". Krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan
krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan
politik.
Begitulah pentingnya AKHLAK dalam membantu
proses perubahan walaupun di saat- saat kritikal seperti dalam medan
peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan AKHLAK dan MORAL
akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah AKHLAKlah yang menjadi sebagai
persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita
melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di
antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai
AKHLAK di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4jGKM7qg-5E4jNv66E6cuyQWX9MggtdfJeSOueIa39kSoXkjVafB4uebQzc3nIAIhIkSkwuVa9OXtCaz3wJnU1UxpjX13j4SlKzSF4XwV7pZ2O2gRM4SVLb5iMqgMmXmyphgafdn520nF/s1600/1467265_570989032981684_50713675_n.jpg)
Akhirul kalam, dapatlah kita simpulkan bahawa AKHLAK
merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang
mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan
atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan AKHLAKnya !!
Wallahu’alam...