Friday, 27 December 2013

Keindahan Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : 
"Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9) 
Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.Seperti mana dalam hadis tersebut :

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakai minyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepada Jumaat yang akan datang.-”
                                                                (Riwayat Imam Bukhari)

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah  mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: 
" Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya. " (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : 
“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : 
"Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : 
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

 3. Penghulu segala hari.

 Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: 

“Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : 
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat."

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

 Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : 
“Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

 5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, 
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama'  berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : 
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: 
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. 
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. 
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. 
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi."Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: 
“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” 
                                                                                (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: 
“Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” 
                                     (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:
 “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: 
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah
kELEBIHAN HARI JUMAAT


Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.


"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pada saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.


Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jalan yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


Saudara,

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.Akhir kata sama-sama lah kita kita renung-renungkan^^



Hakikat Kegembiraan

Di tengah terjadinya berbagai macam peristiwa sekarang ini , bergembira adalah jalan menuju ketenteraman .

   Apakah ini beerti seolah-olah masa bodoh terhadap kesedihan yang terjadi ?

   Apakah pernyataan ini beerti membiarkan para musuh menerkam dan berkeliling sesuka mereka, dan membiarkan orang-orang yang lemah hidup penuh dengan kesedihan ?

   Sekali-kali tidak. . .

   Harapan akan kegembiraan bagi seorang muslim berdasarkan pada pondasi-pondasi yang kukuh, sebagaimana yang diajarkan oleh agama kita yang hanif (lurus; Islam). Kegembiraan pasti akan terwujud sesuai dengan iman dan keyakinan kita pada Tuhan, serta maksud dan niat yang ikhlas. Itulah hakikat gembira dengan kebaikan, pertolongan, kemenangan, keluar dari lembah keputus-asaan, kekalahan jiwa dan putus harapan.

   Bergembira dengan akhlak yang baik, pergaulan yang baik dan perkataan yang baik pula, senyum (itu sedekah) , sabar dalam menghadapi hidup dan berbagai macam kesulitan yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini.

   "Beri khabar gembira, dan jangan buat gelisah" merupakan 'risalah' yang sangat penting, pada masa di mana kegelapan putus asa hampir menutup seluruh kekalahan kaum muslimin.

   Kita boleh menangis melihat rumah yang dihancurkan de hadapan penghuninya di Palestin, atau kerana melihat tentera penjajah meletakkan kedua-dua kakinya di atas bahu prang tua bangka di Baghdad. Atau , melihat anak-anak yang tercicir di Afghanistan. Atau melihat ibu-ibu yang kehilangan anak-anaknya di Kashmir dan Cechnya, atau bangunan-bangunan kukuh diruntuhkan di negara-negara Afrika.

   Kita boleh saja menangis ke atas semua itu, seraya mengulang-ulangi firman Allah SWT...


   " DAn sungguh Allah pasti akan menolong sesiapa yang menolong (agama)-Nya. "

                                                                                                      [Al-Haj (22) :40] 


   Dan mengulang-ulangi.


   " Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. "
                                                                           
                                                                 [Al-fajr (89) : 14]

   " Dan tidaklah pertolongan itu melainkan dari Allah SWT. "

                                                                 [Ali 'Imran (3) :126]

   " Bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu melainkandengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. "

                                                                                                  [An-Nahl (16) :127]


   Dengan mengulangi ayat-ayat tersebut (di atas), kita akan menemui diri ini benar-benar lapang dada, hati menjadi tenang, jiwa yang terbuka menghadap kepada Tuhan, memperbaiki diri ini sendiri - terlebih dahulu, kemudian keluarga, masyarakat. Di sini barulah kita mampu mewujudkan makna " Berilah khabar gembira, dan jangan buat gelisah. "

   Ingatlah, wahai saudara bahawa kenderaan hidup akan selalu berjalan, matahari sentiasa tertawa kepada kita semua , setiap cahaya bulan dan bintang-bintang tidak nampak kecuali bila ditutup awan. Kita juga mengulang-ulang dan melantunkan, " Akan terlahir suatu kelembutan dari kesulitan yang paling keras sekalipun. "

Thursday, 26 December 2013

Kemanisan Berhijrah Ke Arah Penghayatan Ajaran Islam

Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamulalaikum w.b.t. :) . Salam sejahtera dan salam perjuangan buat semua^^
Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

SubhanAllah , Allahukbar !

Indahnya aturan Allah SWT . Detik demi detik berlalu dan begitu bnayak perkara dilalui hingga saat ini . Kisah suka duka , pahit manis kehidupan sentiasa mewarnai kehidupan ini . Maha Suci Allah atas segalanya . alhamdulillah juga kita hingga ke saat ini masih bergelar seorang muslim .Tetapi adakah kita ini cukup sempurna di sisi Allah ??

Sesungguhnya menjadi seorang Muslim tetapi tidak menghayati tuntutan ajaran Islam adalah tidak bermakna dan sia-sia sahaja. Malahan dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengaibkan Islam itu sendiri sebagai satu agama yang suci. Di samping itu, sikap sedemikian juga, menggambarkannya tidak mensyukuri nikmat Allah yang telah menjadikannya seorang Muslim. Islam merupakan satu kurniaan yang amat besar maknanya kepada mereka yang memahami dengan tepat hakikat makna hidup dan kehidupan.
Namun demikian, dalam kehidupan harian di serata dunia pada masa ini, adalah amat mudah untuk kita temui mereka yang mengaku dan mengiktiraf dirinya sebagai Muslim tetapi mengabaikan tuntutan ajaran Islam sama ada berbentuk suruhan ataupun larangan. Mereka yang melakukan jenayah agama yang berat seperti berzina, minum arak, merompak, membunuh dan sebagainya adalah rata-rata terdiri dari orang Muslim. Keadaan ini sudah begitu lumrah terjadi sehingga ia tidak perlu lagi dibuktikan dengan apa juga bentuk perangkaan atau statistik tertentu.
Oleh itu, untuk tidak terus terperangkap dalam kancah sikap mengkufuri nikmat Allah dan terus melakukan kerja yang sia-sia yang seterusnya boleh menjatuhkan nama baik agama Islam itu sendiri, maka umat Islam terbabit perlu kembali menghayati secara tepat ajaran Islam dalam segenap sektor kehidupan harian mereka. Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1420 ini, maka umat Islam yang terbabit dalam pengabaian ajaran Islam ini hendaklah berazam dengan sepenuh hati beserta jihad yang berkobar untuk segera kembali menghayati ajaran Islam. Ini adalah bertepatan dengan semangat yang terkandung dalam pengertian 'hijrah' itu sendiri seperti yang terungkap dalam dua potong hadith berikut yang bermaksud,
'…dan orang-orang yang berhijrah itu pula ialah jenis orang yang meninggalkan perlakuan atau perbuatan yang dilarang oleh Allah'
Dan sabda Rasulullah s.a.w lagi bermaksud,
'Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia'
Berdasarkan hadith-hadith ini, jelas bahawa konsep 'hijrah' selepas pembukaan kota Mekah yang berlaku di awal sejarah tersebut, lebih merujuk kepada kerja yang mempertingkatkan penghayatan suruhan Allah dengan beserta semangat jihad dalam proses pelaksanaannya. Ia adalah satu proses hijrah atau perpindahan yang berlaku dalam diri ummah yang sentiasa cenderung ke arah penghayatan nilai positif dalam kehidupan harian mereka. Semangat 'hijrah' seumpama inilah yang perlu sentiasa dihidupkan dalam diri setiap umat Islam demi untuk mengangkat martabat diri Muslim dan agama Islam yang suci ini. Dalam konteks masa kini di mana rata-rata umat Islam terjebak dalam kemelut pengabaian pelaksanaan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari maka semangat 'hijrah' sudah pasti dapat menyelesaikan permasala
Namun, istilah 'Islam' itu sendiri perlu difahami terlebih dahulu kerana bertolak dari istilah tersebutlah maka kita boleh memahami dengan tepat tentang ungkapan 'ajaran Islam' yang menjadi fokus utama di sini.
Perkataan 'Islam' yang berasal daripada bahasa Arab memberi makna kepatuhan, penyerahan, ketaatan, kedamaian dan keselamatan. Justeru, sebagai satu agama, 'Islam' merujuk kepada sistem hidup yang tunduk, patuh serta terikat dengan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ataupun 'Islam' merujuk kepada gaya hidup yang pelaksanaannya berupa penyerahan dan ketaatan yang sempurna terhadap Allah s.w.t. Keseluruhan makna 'Islam' ini mengisyaratkan bahawa kepatuhan dan ketaatan yang mutlak kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya akan membawa kedamaian, keselamatan serta kesejahteraan dalam kehidupan para pengamal atau penganutnya.
Jadi, agama Islam ialah agama yang mengajarkan penganutnya supaya tunduk dan taat kepada Allah s.w.t menerusi cara dan pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dan dengan mengikuti setepatnya tatacara tersebut maka kita pasti beroleh kedamaian dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, fahamlah kita sekarang bahawa ungkapan 'ajaran Islam' itu mengandungi apa yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan tentunya ia adalah segala apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah. Maka itu, ‘ajaran Islam’ ialah segala apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah sebagaimana yang terungkap dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
'Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, di mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. (Dua perkara tersebut ialah) Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnahku.'
Walau bagaimanapun, memandangkan sesetengah perkara dari al-Qur’an dan al-Sunnah itu berbentuk agak ringkas dan umum, sedangkan sasaran al-Qur’an dan Sunnah itu adalah makhluk yang berakal dan boleh berfikir, maka 'ajaran Islam' itu secara umumnya terungkap dalam dua tabi’i berikut:
Pertama:
Tabi’i Ilahi iaitu ajaran-ajaran yang berupa sistem atau perlakuan yang secara mutlak dikehendaki olah Allah s.w.t. Sistem atau perlakuan ini wajib diikuti oleh makhluk berpandukan cara khusus seperti yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu, dalam konteks tabi’i ini, Allah menurunkan wahyu dengan gambaran yang jelas berkenaan sistem yang dikehendaki tersebut. Seterusnya memerintahkan makhluk supaya melaksanakan sistem berkenaan secara sepenuh hati dan dengan penuh keikhlasan demi mendapatkan keredhaan Allah. Termasuk di dalam sistem ini ialah sistem peribadatan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Dalam sistem bertabi’i Ilahi ini juga, fungsi makhluk hanyalah sebagai pelaksana dan tidak lebih daripada itu.
Kedua:
Tabi’i makhluk iaitu ajaran-ajaran yang berupa sistem umum yang sesetengahnya tidak ditentukan secara terperinci oleh wahyu Ilahi. Malahan wahyu hanya mengungkapkan dasar-dasar umum sahaja. Dengan kata lain, terdapat ruang-ruang yang terbuka dalam sistem umum tersebut yang memerlukan khidmat dan peranan manusia. Namun begitu, manusia tidak diberi kebebasan penuh sehingga boleh melanggar peraturan umum yang terdapat dalam kerangka besar sistem Ilahi.
Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam tabi’i makhluk ini ialah seperti sistem politik dalam Islam. Wahyu Ilahi dalam konteks sistem politik ini, tidaklah datang dalam bentuk terperinci dari segenap seginya melainkan hanya berupa penunjuk dan ciri-ciri umumnya sahaja. Oleh itu, pemerintah sesebuah negara perlulah mengatur perjalanan dan pengurusan tugas-tugas harian kerajaannya berdasarkan ciri umum yang diberikan oleh wahyu tersebut. Di sinilah manusia perlu menyumbang kesungguhan dan ijtihad akalnya untuk memperincikan lagi arah perjalanan tugas-tugas sistem umum tersebut contohnya seperti sistem politik.
Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan 'ajaran Islam' itu terkandung dalam sumber-sumber berikut: (a) al-Qur’an dan Sunnah, yang mewakili tabi’i Ilahi, dan (b) perincian ilmu keagamaan yang dihasilkan oleh ijtihad dan kesungguhan para ulama’ sepanjang zaman, iaitu yang mewakili tabi’i makhluk.
Jelaslah bahawa penghijrahan yang perlu berlaku dalam diri sebahagian besar umat Islam masa kini ialah berhijrah atau berpindah meninggalkan tabiat atau gaya hidup yang bercanggah dengan kehendak al-Qur’an dan Sunnah yang sebahagiannya merupakan hasil perincian keilmuan yang diijtihadkan oleh para ulama’ Islam zaman berzaman.
Walau bagaimanapun, kerja atau usaha untuk menghayati kehendak al-Qur’an dan Sunnah dalam persekitaran hidup masa kini bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi dengan penuh berani dan bijaksana yang muncul dari segenap penjuru kehidupan bermasyarakat. Justeru, di sinilah peranan jihad dalam menyumbangkan khidmat baktinya bagi menjayakan proses penghijrahan tersebut. Dalam erti kata lain, umat Islam perlu melancarkan satu jihad dalam diri masing-masing untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Dan sememangnya, usaha ini perlu dilaksanakan bukan hanya pada peringkat diri individu Muslim sahaja, malahan masyarakat dan negara serta pelbagai institusi yang ada di dalamnya, 
'Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'
(al-Anbiya’ : 107)

Cahaya Mukmin : Masyitah Mati Mempertahankan Iman




RASULULLAH BERSABDA bermaksud - Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan tidak menzalimi suaminya. 
-Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani.-

Kita semua, sedia maklum bahawa Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah dan memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang ingkar dengan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah kejamnya Firaun.Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.

Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.

Puteri tersebut dengan serta-merta mengadu kepada Firaun tentang Masyitah. Firaun terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah selain dari dirinya. Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang telah menyembah Allah.

Jasa Masyitah yang begitu banyak terhadap keluarga Firaun langsung tidak dikenang oleh Firaun. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana.Tanpa usul periksa Firaun menjatuhkan hukuman berat kepada Masyitah dan keluarganya.

Begitulah zalim dan kejamnya Firaun yang tidak berhati perut langsung. Beginilah sikap manusia yang punya kuasa dan kedudukan, yang lupa bahawa dia juga hamba kepada Tuhan yang menciptakannya. Manusia yang lemah terus diseksa sesuka hatinya.

Di pihak Masyitah pula, dia sedar bahwa inilah masanya Tuhan hendak menguji keimanannya. Meskipun lemah fizikalnya namun Masyitah memiliki kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita lain. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia kufur, sombong dan bongkak itu terhadapnya.

Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri dari suami dan empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.

Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman samada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, “Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terpaksa terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini.”

Maka Hamman pun memaksa satu-persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak-bahak sambil menyindir dan menghina mereka. Suami Masyitah dicampak dahulu dan diikuti dengan anak-anaknya. Masyitah melihat sendiri bagaimana suami dan anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang dikendongnya.

Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia rasa kasihan dan simpati pada bayinya yang masih merah dan tidak tahu apa-apa itu. Masyitah mula merasa ragu-ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata-berkata kepada Masyitah, ibunya, “Wahai ibu marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya syurga sedang menanti kita.”

Bila mendengar kata-kata itu, Masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah mencampakkan diri dan anaknya ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu. Kawah itu dikacau oleh pengawal dengan menggunakan penyudip besi. Mereka dikacau seperti ikan yang direbus. Maka matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.
Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di Akhirat nanti, Allah telah menjamin syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.

Begitulah bagaimana hebatnya keyakinan Masyitah dan keluarganya kepada Allah. Keimanannya sungguh mendalam sehingga dia tidak takut dengan ancaman Firaun. 
Sememangnya Allah telah menjanjikan nikmat syurga yang kekal abadi untuk Masyitah dan keluarganya.

Demikian juga keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj juga iaitu :

Dalam perjalanan Rasulullah SAW ke Masjid Al-Aqsa,
Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi,
Antara pelajaran yang dapat diambil darpada peristiwa itu 
ialah mengenai seorang wanita.
Rasulullah SAW melewati satu daerah yang mana baunya
baunya sangat harum seperti bau kasturi.
Baginda bertanya kepada Jibril ,daerah apakah 
yang sedang mereka lewati .
Jibril menjawab :
" Itulah makam Masyitah,seorang wanita penghulu syurga. "




Indahnya Berjilbab ^_^

Mendengar kata cantik, yang terbayang adalah seorang wanita yang anggota wajahnya -mata, hidung dan bibir- proporsional, sedap dipandang mata. Cantik juga dikaitkan dengan kulit yang terawatt baik, rambut hitam bercahaya, bentuk tubuh langsing dan gaya berbusana yang up to date.
Bicara soal busana, seringkali yang dituduh sebagai penyebab ketidakcantikan seorang adalah jilbab. Dengan pakaian yang syar’i, memang bentuk tubuhnya yang langsing tak tampak lagi.

Hijab Bukan Pilihan,namun KEWAJIBAN !

Berhijab adalah sebuah kewajiban, bukan kemauan ataupun pilihan. Hijab bukanlah suatu alasan untuk tidak bisa tampil modis dan cantik. Islam memudahkan kita beribadah, salah satunya adalah memudahkan kita dalam memakai hijab, namun bukan lantas menjadi sesuatu yang kita gampangkan dan pudar kesyar'iannya seiring perkembangan zaman. Hijab pun merupakan identitas wanita muslim agar lebih dikenali.

Sebagaimana kewajiban berhijab dalam Al-Qur'an Q.S Al-Ahzab 59:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri kaum mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah di kenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Tafsir:
Allah SWT menyuruh Rasulullah agar ia menyuruh wanita-wanita mukmin, terutama isteri-isteri dan anak-anak perempuan beliau karena keterpandangan mereka, agar mengulurkan jilbab keseluruh tubuh mereka. Sebab cara berpakaian demikian membedakan mereka dari kaum jahiliah dan budak-budak perempuan. Dengan kata lain, hijab adalah identitas wanita muslim yang membedakan mereka dengan kaum jahiliah dan budak-budak perempuan.

Memakai hijab harus yang sesuai syar'i (menutup dada dan tidak transparan). Hal ini juga harus diikuti dengan pemakaian busana yang longgar (tidak memperlihatkan aurat dan lekuk tubuh).

Q.S Al-A'raf 26:
"Wahai anak cucu adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian (hijab) untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa (hijab) itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat. "

Sebegitu sayangnya Allah kepada perempuan muslim untuk menyeru kepada kewajibannya berhijab agar kita ditinggikan derajatnya dan dilindungi dari berbagai macam gangguan. Sangat berdosa rasanya, jika kita sebagai makhluk ciptaannya yang paling sempurna tidak menjalankan apa yang telah diwajibkan-Nya, yaitu berhijab.


Berhijab pun melalui suatu proses. Dengan berkembangya tren fashion islam masa kini, para wanita dapat mengadopsi beberapa gaya modern, namun tetap tidak meninggalkan syar'i nya. Yuk muslimah, kita segerakan berhijab!

Wednesday, 11 December 2013

Organisasi


BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN



JAWATANKUASA INDUK BADAR SMKA TUN 

PERAK 2013/2014


PENGETUA : PN JUARIAH BINTI YUNUS


PENYELARAS : PN HJH YAZIDAH BINTI YAZID


SETIAUSAHA : EN AHMAD SYAUQI BIN WAZALI


TIMBALAN SETIAUSAHA : EN KHAIRUL MUNIR BIN IBRAHIM


PRESIDEN : ISKANDAR HAMBALI BIN ABDUL HALIM


TIMBALAN PRESIDEN : NUR AMIRAH NADIAH BINTI ROSLAN


SETIAUSAHA AGUNG MUHAMMAD ANIQ LUMAN BIN SUKIMAN



TIMBALAN SETIAUSAHA : HUMAIRAH BINTI YUSOF



BENDAHARI KEHORMAT : MUHAMMAD RAZNAN BIN ATAN



TIMBALAN BENDAHARI  :HUMAIRA BINTI NOR AMRAN




JAWATANKUASA KERJA DAN UNIT BADAR 

SMKA TUN PERAK 2013/2014




PRESIDEN  : USRAH (L)

         :ISKANDAR HAMBALI BIN ABDUL HALIM


TIMBALAN PRESIDEN : USRAH (P)
                                       : NUR AMIRAH NADIAH BINTI ROLSAN
             

SETIAUSAHA AGUNG : PERHIMPUNAN  (MC/IKRAR/NAIK BENDERA/DOA)

                                       : MUHAMMAD ANIQ BIN SUKIMAN


TIMBALAN SETIAUSAHA : HARI KEBESARAN

                                            : HUMAIRAH BINTI YUSOF


BENDAHARI KEHORMAT : BULETIN

                    : MUHAMMAD RAZNAN BIN ATAN


EXCO TINGKATAN 2 : DOA PAGI
                
                : 


EXCO TINGKATAN 3 : SUSUN KERUSI
                 
                :


EXCO TINGKATAN 4 : AGIHAN YASIN
                 
                :


EXCO TINGKATAN 5 : PIMPIN YASIN
                 
                :